Program seumpama ini sepatutnya diadakan lebih awal. Dengan menyertai latihan Web Publishing & Application Development akan membantu saya dan graduan lain dalam membuat pilihan kerjaya dan menjadikan kami lebih berketerampilan.”
Latihan Sijil Professional Network Support Engineer yang teratur serta tenaga pengajar yang berkemahiran tinggi memudahkan saya mengikuti program ini. Saya sukakan bahan pembelajaran yang disediakan, kandungannya berkualiti serta bermutu.
Sijil Microsoft Certified System Engineer saling melengkapi ijazah yang bakal diperolehi dari universiti. Bagi saya program ini cukup bermakna kerana ianya merapatkan jurang pengetahuan dengan penglibatan antara pihak industri dan institusi pengajian tinggi.
Dengan berbekalkan Sijil Profesional Desktop Support Engineer, saya merasa lebih yakin untuk menembusi pasaran pekerjaan yang kompetitif. Terima kasih UiTM kerana memberi peluang ini!
Sijil Profesional Microsoft Certified Application Developer membantu saya memahami pengajian kursus ijazah dengan lebih mendalam melalui latihan praktikal.