Tanggapan graduan teknologi maklumat dan komunikasi (lCT) kekurangan peluang dalam pasaran kerja perlu diperbetulkan kerana permintaan terhadap tenaga prafesional dalam bidang berkenaan sebenarnya tinggi.
Bagi mengisi permintaan itu, Kementerian Pengajian Tinggi memperuntukkan kira-kira RM20 juta setiap tahun untuk disalurkan kepada Program Pentauliahan Profesional (3P) sebagai usaha meningkatkan keupayaan graduan ICT.
Program itu inisiatif kementerian bersama syarikat gergasi ICT bagi melahirkan lebih ramai profesional yang mampu berdaya saing dalam pasaran kerja terutama dalam bidang itu yang kini semakin kompetitif.

3P bermula 2006 dan kini berada pada tahun keenam pelaksanaannya memberi nilai tambah kepada ijazah dan sijil dimiliki graduan ICT. Program berkenaan memberi peluang kepada pelajar untuk mendapatkan lebih 40 sijil pentauliahan profesional dan latihan daripada pelbagai syarikat ICT terkemuka dunia seperti Microsoft, IBM, Oracle, SUN, CompTIA. Autodesk, ECCouncil, Certiport dan Adobe.
Setakat ini, program itu disertai 14 universiti, 21 politeknik dan 16 Kolej Komuniti seluruh negara. Lebih 18,000 peserta membabitkan 93 peratus pelajar dan tujuh peratus ialah pensyarah atau kakitangan institusi pengajian tinggi dilatih menerusi program yang terbuka kepada pelajar dan tenaga akademik bidang ICT itu.
Lebih membanggakan sebanyak 90 peratus daripada peserta memperoleh pekerjaan dalam tempoh setahun selepas mengikuti program.

Piriatharisini Thiruselvam, 26, mendapat pekerjaan di syarikat multinasional pada tahun akhir pengajian setelah mengikuti program Microsoft Certified Application Developer (MCAD) 3P selama dua bulan pada 2007.
Katanya, pengetahuan mengenai dua perkakasan pembangunannutama digunakan kebanyakan penyedia perisian, Microsoft Net Frame 2.0 dan Microsoft Visual Studio 2005 yang diperoleh menerusi program 3P memberi keyakinan beliau memohon pekerjaan di syarikat gergasi ICT.
Beliau berkata, fasilitator yang mengendalikan MCAD menggunakan pendekatan menarik dan tidak lokek berkongsi pengalaman luas dalam industri walaupun pengetahuan serta kemahiran berkenaan tidak tersenarai dalam silibus kursus.
Selain kelayakan bidang Sains Komputer Universiti Malaya, sijil kursus MCAD membantu saya mendapat pekerjaan di syarikat yang disasarkan kerana memilikin kepakaran khusus dalam pembangunan perisian.
“Kini, saya berkhidmat sebagai Jurutera Kualiti di satu syarikat peneraju penyedia perisian bidang kewangan dan perbankan negara ini, N2N Connect Berhad sejak Mac tahun lalu. sebelum itu, saya mendapat pekerjaan sebagai Functional Tester di Northgate Arinso sebelum menduduki peperiksaan akhir pada 2008 kerana majikan tertarik dengan kelayakan tambahan MCAD dimiliki," katanya.

Bekas pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Asiah Mohd Azahar, 26, antara pelajar bertuah terpilih mengikuti program 3P dan kini berkhidmat sebagai Penganalisa Teknikal SAP (ABAP) di Hewlett Packard Multimedia Sdn Bhd.
Beliau mengikuti kursus Microsoft Certified IT Professional: Server Administrator (MCITP:SA) hampir sebulan pada Mei hingga Jun 2007.
Katanya, antara modul menarik dalam kursus yang dikendalikan kakitangan Microsoft dari Filipina itu ialah mengenai Microsoft Window Server 2003. "'Sijil kursus itu membantu saya mendapat pekerjaan di syarikat multinasional kerana ia satu ciri nilai tambah yang membuktikan individu mampu mempelajari sesuatu baru khususnya kursus profesional bidang IT dalam tempoh singkat.
"Antara pengalaman menarik apabila diberi peluang mencuba remote akses komputer rakan lain dan menutup komputer itu. Sambil membuat latihan, tiba-tiba mendapat mesej Window 'Your computer will be shutdown within 5 seconds by System Administrator. Sudah tentu kami menggelabah apabila melihat mesej itu;" katanya.

Bagi bekas pelajar Universiti Putra Malaysia, Ban Ying Siang, 26, kursus Computing Technology Industry Association (CompTIA A+) menjadi pilihannya ketika mengikuti program 3P selama kira-kira sebulan pada November hingga Disember 2007.
Julai tahun berikutnya, beliau diterima menyertai syarikat MEASAT Satellite Systems Sdn Bhd sebagai Jurutera di Pusat Pengurusan Rangkaian dan segala pengalaman serta pendedahan ketika mengikuti CompTIA A+ masih digunakan dalam tugasan hariannya hingga kini.
"Menerusi program intensif tiga minggu itu saya bukan saja mendapat pendedahan mengenai teknologi komputer dan cara ia berfungsi, tetapi juga mentaliti untuk menganalisis dan menyelesaikan masalah dengan teratur.
"Kemahiran berfikir ini menjadi asas dalam menyelesaikan masalah teknikal dalam kerja mahupun urusan harian. Pendedahan praktikal dan soalan berbentuk senario juga membuka minda peserta kepada pelbagai kemungkinan yang akan dihadapi dalam dunia realiti," katanya.