Pelajar institusi pengajian tinggi (lPT) awam, kolej komuniti dan politeknik digalakkan merebut peluang mengikuti kursus profesional teknologi maklumat dan komunikasi (lCT) yang dianjurkan secara percuma untuk mereka menerusi Program Pentauliahan Profesional (3P) bagi memperoleh kemahiran bertaraf dunia.
Prestariang Sdn Bhd (Prestariang),satu-satunya syarikat dilantik Kementerian Pengajian Tinggi bagi melaksanakan latihan dan pentauliahan kursus profesional ICT 3P dengan kerjasama lebih 10 syarikat gergasi ICT dilantik sebagai vendor bagi program berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Prestariang, Dr Abu Hasan Ismail, berkata program yang dibuka hanya untuk pelajar tahun akhir bidang ICT itu mengambil tempoh lima hari hingga lebih sebulan dan dijalankan pada cuti semester Mei hingga Julai serta November hingga Disember di kampus IPT terbabit.
Katanya, pelajar boleh memohon menyertai program berkenaan menerusi laman web http://3p.prestariang.com.my dan pihaknya akan berbincang dengan wakil fakulti bagi menentukan peserta yang layak mengikutinya.
' Objektif utama 3P ialah memastikan keperluan sumber manusia sektor ICT dipenuhi selain melahirkan graduan yang mempunyai tahap kemahiran bertaraf dunia. Tidak dinafikan graduan bidang IT semakin ramai, tetapi peluang kerjaya bidang ini juga luas jika mereka memiliki kelayakan tambahan yang memenuhi keperluan semasa industri.
"Lebih 70 peratus yang menyertai program 3P berjaya ditauliahkan dan mendapat pekerjaan dalam pelbagai sektor kerana pengisian program ini sentiasa ditambah baik mengikut perkembangan semasa bidang I(T berdasarkan maklum balas kementerian serta industri," katanya ketika ditemui di Cyberjaya,baru-baru ini.
Dr Abu Hasan berkata,pihaknya juga melaksanakan enam program tambahan bagi meningkatkan keupayaan peserta mendapat pekerjaan iaitu sesi persediaan temu duga dan penulisan resume, peluang kedua menduduki peperiksaan serta
program melatih pelatih. Selain itu, mekanisme pengesanan kebolehpasaran peserta, sesi suai padan pekerjaan menerusi program Snap A Job dan khidmat masyarakat 1Komuniti IT Anda (1KiTA).